October 19, 2008

Hagia Sophia

Asalnya gereja yang dibina antara tahun 532-537M oleh Maharaja Justinian I daripada Empayar Byzantine Rom (nota: RasuluLlah SAW lahir pada tahun 570M). Merupakan gereja terbesar selama 1,000 tahun. Ditukar kepada Masjid Aya Sofia / Ayasofya oleh Sultan Muhammad II / Al-Fatih (Sang Penakluk) daripada Kerajaan 'Uthmaniyah ketika Baginda menakluk Constantinople pada tahun 1453M. Penaklukan ini menamatkan kekaisaran Byzantine Rom. Al-Fatih menukar nama Constantinople kepada Islambol (Islam keseluruhannya).
Kini Hagia Sophia merupakan sebuah muzium setelah ditukar oleh Mustafa Kemal Ataturk pada tahun 1935M yang juga menukar nama Islambol kepada Istanbul. Penukaran status Hagia Sophia daripada masjid kepada muzium mendedahkan kembali simbol-simbol Kristian yang terdapat di bahagian dalamnya.

Perihal Sultan Muhammad II / Al-Fatih:

Menakluk Constantinople pada usia 21 tahun. Hadith RasuluLlah SAW: "Konstantinopel akan ditaklukkan oleh tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja & tenteranya adalah sebaik-baik tentera." Tentera Al-Fatih tidak pernah meninggalkan solat wajib sejak baligh & separuh daripada mereka tidak pernah meninggalkan solat tahajjud sejak baligh. Hanya Al-Fatih yang tidak pernah meninggalkan solat wajib, tahajjud & rawatib sejak baligh hingga saat kematiannya.

Titah Al-Fatih Terhadap Kebebasan Para Pengikut Franciscan Bosnia (Suatu Cabang Kristian Katolik):

“Beta, selaku Sultan Khan Penakluk, dengan ini mengisytiharkan kepada seluruh dunia bahawa, para pengikut Franciscan Bosnia tertakluk dengan titah kesultanan, adalah di bawah perlindungan Beta. Dan Beta mengarahkan supaya: Tiada sesiapa pun yang akan mengganggu atau mendatangkan bahaya kepada orang-orang ini dan gereja-gereja mereka. Meraka mesti hidup dengan aman dalam negara Beta. Orang-orang ini yang telah menjadi pelarian, mesti diberikan jaminan keselamatan dan kebebasan. Mereka boleh pulang ke rumah-rumah ibadat mereka yang terletak di sempadan-sempadan negara Beta.

Tiada sesiapa pun daripada empayar Beta dari kalangan raja, para menteri, pegawai-pegawai atau pembantu-pembantu Beta akan menjatuhkan kehormatan mereka atau memberi sebarang bahaya kepada mereka! Tiada sesiapa pun akan mengasari, meletakkan dalam bahaya atau menyerang nyawa, harta-benda dan gereja-gereja orang-orang ini! Juga, apa jua yang orang-orang ini telah bawa dari negara asal mereka memiliki hak-hak yang sama...

Dengan mengisytiharkan titah ini, Beta bersumpah dengan pedang Beta dengan Nama Allah yang Maha Suci yang telah menciptakan bumi dan langit, RasuluLlah Muhammad SAW, dan 124,000 nabi-nabi yang terdahulu bahawa, tiada sesiapa pun daripada warganegara Beta akan bertindak atau berlaku bertentangan dengan titah ini!”

Inilah yang diperlakukan oleh Islam saat kekuasaan berada di tangan Khalifahnya. Maka, apakah Islam itu berkembang dengan mata pedang (kekerasan & paksaan)?

No comments: