January 03, 2009

Bahasa Teras Perpaduan

Bahasa Melayu sejak sekian lama telah berfungsi sebagai medium yang menyatukan rakyat berbilang bangsa / kaum di Malaysia. Sejak sebelum Penubuhan Malaysia pada 1963 malah sejak sebelum Kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957 lagi, Bahasa Melayu telah dituturkan oleh bangsa-bangsa utama termasuk Cina dan India. Melalui Bahasa Melayu, rakyat berbilang kaum berkomunikasi, berinteraksi, bertukar-tukar fikiran dan kefahaman tentang budaya masing-masing, seterusnya berintegrasi dan bersatu.

Kini Bahasa Melayu tidak lagi menjadi milik mutlak Bangsa Melayu yang merupakan penduduk asal Tanah Melayu, yang membolehkan bangsa tersebut mendabik dada. Bahkan ”Bahasa Melayu” seharusnya disebut sebagai ”Bahasa Malaysia”. Ini bermaksud, bahasa yang pada asalnya dituturkan oleh Bangsa Melayu, ditutur, dimiliki dan menjadi kebanggaan setiap warganegara Malaysia.


Ironisnya, kelangsungan hidup Bahasa Malaysia yang menjadi salah satu unsur (elemen) perpaduan rakyat, kini digadaikan oleh dasar-dasar pemerintah untuk mencapai kepentingan peribadi / politik yang bersifat sementara.

Kepentingan yang dimaksudkan ialah:

Menarik kemasukan pelabur-pelabur asing dengan melahirkan graduan (baca ”tenaga kerja”) yang mahir berbahasa Inggeris untuk memudahkan komunikasi.
Melahirkan graduan yang berdaya saing khususnya ketika memohon pekerjaan.

Dasar-dasar tersebut telah melemahkan lagi kekuatan Bahasa Malaysia yang telah sedia lemah.


Yang terbaru ialah Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).


Perpecahan integrasi antara kaum di Malaysia yang berteraskan Bahasa Malaysia diburukkan lagi oleh:

Kewujudan sekolah beraliran ”Jenis Kebangsaan”.
Kemunculan stesen-stesen televisyen swasta yang cenderung kepada penggunaan bahasa bangsa masing-masing seperti 8TV.
Pertumbuhan Institut Pengajian Tinggi Swasta yang tidak menjamin penggunaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar.

Antara perkara yang dapat menguatkan penggunaan Bahasa Malaysia demi perpaduan negara ialah:

Mengekalkan syarat ”LULUS” bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebagai syarat kelayakan memohon tempat di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
Memotong / mengalih bahasa kenyataan menteri, pegawai kerajaan, ahli politik & ahli perniagaan yang dirojakkan dengan Bahasa Inggeris kepada Bahasa Malaysia sebelum disiarkan di kaca televisyen (ini telah lama dilakukan oleh media di negara maju seperti Jepun).
Menetapkan piawaian (standard) pelabelan barangan (produk) keluaran industri seperti makanan dan sebagainya. Sebagai contoh: Jenama dalam bahasa lain hendaklah ditulis ½ atau ¾ kali ganda lebih kecil di bawah jenama dalam Bahasa Malaysia.
Menetapkan piawaian yang sama (nombor 3) bagi nama-nama premis perniagaan, jalan, sekolah dan sebagainya.
Mengembalikan pengajaran semua subjek (kecuali pengajian bahasa) di semua peringkat (rendah, menengah dan tinggi (universiti)) kepada Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar.

Kita sudah tentu tidak mahu melihat suatu hari nanti terdapat 2 golongan masyarakat di Malaysia, 1 golongan yang merasa rendah diri kerena tidak menguasai bahasa Inggeris & 1 golongan lagi...

(Photo credit: flickr.com)

2 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.